Pengukuhan pandangan Alam berpaksikan Tauhid: Iktibar dari Al-Lata’if Imam Al-Razi

  • Mahfuzah Mohammed Zabidi Universiti Teknologi MARA
  • Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi
Keywords: pandangan alam, tauhid, lata’if, Al-Razi, pendidikan Islam, Al-Quran

Abstract

Pembentukan pandangan alam dalam diri yang selari dengan wahyu membina sikap dan akhlak yang terpuji.  Segala pedoman yang terkandung dalam Al-Quran membolehkan manusia keluar dari kemelut permasalahan yang dihadapi.  Untuk itu, hubungan dengan Al-Quran bukan sekadar membacanya dengan baik, tetapi apa yang lebih penting proses mentadabbur ayat Al-Quran perlu dilakukan.  Dengan demikian, pandangan alam yang berpaksikan Tauhid dapat dibentuk dan diperkukuhkan dalam diri.  Dengan mengambil pendekatan Imam Al-Razi yang membahaskan aspek al-lataif dalam mentadabbur Al-Quran, artikel ini memfokuskan kepada ayat yang bertemakan tauhid.   Seterusnya, artikel ini menghuraikan secara ringkas kaedah yang boleh dilaksanakan oleh para pendidik untuk mengukuhkan pandangan alam berpaksikan tauhid agar segala sikap dan perbuatan buruk dapat dijauhi. 

Published
2017-11-30
Section
Articles