P, Penglibatan Penglibatan Ahli Akademik Terhadap Pengajaran Hadith

  • AMRAN ABDUL HALIM AMRAN ABDUL HALIM
Keywords: Soal Selidik, al-Sunnah, taqrir, sampel, populasi

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti penglibatan ahli akademik terhadap pengajaran hadith. Sumbangan ahli akademik terhadap pengajaran hadith juga amat diperlukan agar umat Islam dapat mengenali al-Sunnah secara lebih dekat. Ahli-ahli akademik yang dipilih adalah dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa yang mana kesemuanya dalam pelbagai bidang Pengajian Islam. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik iaitu persampelan berkelompok. Penulis mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada ahli akademik di universiti tersebut. Berdasarkan, analisis deskriptif soal selidik ini, dapat dirumuskan bahawa ahli akademik adalah terlibat dan turut memberi sumbangan dalam pengajaran hadith seperti di universiti, masjid-masjid, surau dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan ahli akademik mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan dengan bidang hadith. Oleh itu, mereka adalah antara golongan sangat sesuai dijadikan sebagai rujukan masyarakat dalam menyelesaikan permasalahan Sunnah dan bidaah, terutama sekali ahli akademik yang pakar dalam bidang hadith.

Published
2018-12-18
Section
Articles