The RIWAYAT ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR AL-QURAN: PERSEPSI PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM DI IPTA TERPILIH DI MALAYSIA

PENDAHULUAN, ISRAILIYYAT: DEFINISI DAN ASAL USUL, EKSISTENSINYA DALAM TAFSIR AL-QURAN, METODOLOGI KAJIAN, PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP MASALAH INI, KESIMPULAN, RUJUKAN

  • DR. SYED MOHAMMAD CHAEDAR SYED ABDURRAHMAN AL-YAHYA Senior Lecturer
Keywords: Israiliyyat, Tafsir al-Quran, Persepsi, Pensyarah, Pengajian Islam

Abstract

Riwayat Israiliyyat mempunyai beberapa impak negatif yang boleh ditemui dalam kitab-kitab Tafsir al-Quran. Pelbagai usaha memurnikan dan membersihkan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran dari fahaman yang tidak menepati kemurnian aqidah dan tata susila telah giat dijalankan sejak dahulu lagi. Lalu kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman para pensyarah terhadap riwayat Israiliyyat yang tersebar, mengenal pasti sejauh mana tahap kesedaran para pensyarah akan bahaya dan kepentingan riwayat Israiliyyat tersebut, dan menilai bagaimana cara mereka menyampaikan riwayat Israiliyyat tersebut khususnya riwayat yang menjejas akidah. Metod kajian menggunakan kaedah kajian lapangan yang melibatkan responden seramai 101 pensyarah daripada lima institut pengajian tinggi awam dan swasta iaitu Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran dikalangan pensyarah akan bahaya Israiliyyat dapat dikenal pasti, meskipun mereka mendapati ada beberapa kepentingan dalam sebahagian riwayat Israiliyyat yang disokong oleh syariat Islam.

Published
2018-12-11
Section
Articles