Konsep Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dan perbandingannya dengan Islamisasi dalam Sistem Pendidikan Negara

  • Dr Mahyuddin Hashim Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Keywords: Integrasi; ilmu Naqli; ilmu Aqli; Islamisasi; Pendidikan.

Abstract

Peradaban dan tamadun yang dibina pada zaman moden ini adalah berasaskan kepada pengasingan antara ilmu Naqli dan Aqli. Ia adalah kesan daripada pengaruh Barat yang memencilkan ilmu Naqli daripada menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan duniawi yang berasaskan akal. Implikasi kepada pengasingan ini membawa kepada pelbagai gejala sosial dan jenayah. Dalam menangani isu ini, konsep integrasi ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ) dan Islamisasi diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Justeru, kajian ini adalah untuk menerangkan konsep iNaQ dan perbandingannya dengan Islamisasi. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif iaitu melalui kaedah analisis dokumen. Dapatan kajian ini telah menghasilkan kefahaman tentang konsep iNaQ dan perbezaannya dengan Islamisasi. Ia diharapkan dapat membangunkan sumber manusia yang seimbang dalam sistem pendidikan negara dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat.

Published
2018-12-11
Section
Articles